Pelan Elitelink
Elite Takafulink membolehkan anda mengumpul simpanan sambil
menikmati detik-detik terindah bersama keluarga, pada masa yang sama memastikan
mereka sentiasa dilindungi. Elite Takafulink adalah pelan yang memberikan anda
rider perlindungan fleksibel serta peluang pelaburan dengan potensi pulangan
yang tinggi.
Melalui ciri-ciri Takaful Berkaitan Perlaburan, anda mempunyai pilihan untuk melabur di dalam mana-mana satu dana-dana yang disediakan yang sesuai dengan objektif pelaburan serta tahap risiko anda. Selain itu, anda akan menerima perlindungan asas seperti perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK) dan pilihan rider perlindungan yang komprehensif.
Kini anda boleh melindungi keluarga anda, meningkatkan simpanan dan pada masa yang sama meluangkan detik-detik terindah bersama yang tersayang.
Melalui ciri-ciri Takaful Berkaitan Perlaburan, anda mempunyai pilihan untuk melabur di dalam mana-mana satu dana-dana yang disediakan yang sesuai dengan objektif pelaburan serta tahap risiko anda. Selain itu, anda akan menerima perlindungan asas seperti perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK) dan pilihan rider perlindungan yang komprehensif.
Kini anda boleh melindungi keluarga anda, meningkatkan simpanan dan pada masa yang sama meluangkan detik-detik terindah bersama yang tersayang.
Manfaat Utama:
·
Perlindungan
Asas: Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal
Sekiranya berlaku kematian kepada Orang Dilindungi, Jumlah Asas Dilindungi berserta Jumlah Nilai Dana (termasuk lebihan) ditolak sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.
Sekiranya berlaku Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (sebelum mencapai umur enam puluh lima (65) tahun pada hari lahir berikutnya), Jumlah Nilai Dana akan dibayar secara sekaligus, tanpa mengira jumlah Nilai Dana. Sekiranya Jumlah Asas Dilindungi yang perlu dijelaskan (bagi setiap hayat) adalah sama atau kurang daripada RM1 juta, ia akan dibayar secara sekaligus. Sekiranya Jumlah Dilindungi melebihi RM1 juta, maka bakinya akan dibayar satu (1) tahun selepas ansuran pertama dibuat tertakluk kepada had maksimum Pengendali Takaful bagi setiap had individu.
Jika Orang Dilindungi meninggal dunia sebelum umur lima (5) tahun pada hari lahir berikutnya, kami akan membayar penuh Jumlah Agregat Dilindungi jika jumlah itu tidak melebihi RM200,000. Jika Jumlah Agregat Dilindungi melebihi RM200,000, maka kami akan membayar bakinya menurut jadual seperti berikut:
Umur
pada Hari Lahir Berikutnya
|
Peratusan
Jumlah Agregat Dilindungi
|
1
|
20%
|
2
|
40%
|
3
|
60%
|
4
|
80%
|
5
dan ke atas
|
100%
|
Had ini hanya terpakai untuk pembayaran Jumlah Dilindungi dan tidak menjejaskan apa-apa pembayaran Nilai Dana.
·
Bonus
Kesetiaan
Ganjaran sebanyak 6% daripada Jumlah Nilai Dana atau 3% daripada sumbangan
tahunan asal (mana yang terendah) akan diberi kepada anda pada hujung tahun
Sijil yang ke-5, ke-10 dan ke-15 kerana mengekalkan pelan dan membayar
sumbangan tepat pada masanya.
·
Tempoh
Peruntukan Tidak Luput
Kami menawarkan Tempoh Peruntukan Tidak Luput dalam tiga (3) tahun Sijil
pertama untuk memastikan status Sijil tetap berkuat kuasa walaupun Jumlah Nilai
Dana berada pada kadar sifar, dengan syarat sumbangan dibayar tepat pada masanya
tanpa Cuti Sumbangan dan tiada pengeluaran dari Jumlah Nilai Dana dibuat dalam
tempoh tersebut.
Rashdan di 018-9773177 (call/SMS/whatsapp)
atau
email ke: rashdand@gmail.com
No comments: